Allah Selamatkan Kamu.. !

Assalamualaikum, Welcome to aNas nO HouSoku :) Any typos don't blame me, blame AutoCorrect :P Syukran! "Warning! May Contain Bahasa Rojak, Spelling and Grammatical errors" [The Author]

Thursday, May 16, 2013

TEACHERS : a big part of my life

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

SELAMAT HARI GURU
16 MEI 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA 

(gempak giler tema tahun ni..) 
tema gempak untuk cikgu2 yang gempak

Guru, Cikgu, Ustaz, Ustazah, Teacher, Sir, Sensei
Tak kisahlah apa gelaran atau panggilan kita kepada mereka…
Tanpa mereka, pasti kurang ilmu kita, tidak akan sampai kepada tahap ilmu kita pada hari ini…
Ya, memang benar ilmu itu milik Allah, tetapi guru-gurulah yang menjadi wasilah pengantaraan ilmu itu kepada kita…
Alhamdulillah :)

Semoga segala jasa, pengorbanan dan penat lelah cikgu dalam mengajar kita, melayan karenah kita dalam kelas, dibalas dengan rahmat, keberkatan dan pengampunan daripada Allah S.W.T.
Tidak banyak yang mampu kami lakukan untuk membalas jasa guru-guru, insyaAllah cikgu akan sentiasa berada dalam doa kami semua..

1999                      :               Tadika Islam Kayu Ara (beberapa hari je.. hehehe )
1999-2000            :               Tadika Islam Al-Mujahideen
2001-2002            :               Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun
2003-2004            :               Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2)
2005-2006            :               Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
(2001-2003 & 2005           :               Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun)
(2004 & 2006                     :              Sekolah KAFA Integrasi At-Thaqafah)
2007-2011            :               Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (SBPIT)
2012                      :               International Education College (INTEC)
2012 – present       :               Jordan University Of Science and Technology (JUST)

Guru
Skop pandangan kita janganlah hanya tertumpu kepada institusi pendidikan, kepada guru professional & formal tetapi juga kepada mereka yang telah mengajar kita walaupun satu perkara. (ayat pun dah jadi skema :P )
Okay kalau nak list kat sini memang tak cukuplah kan.. hahaha ini tak termasuk dengan kelas memandu lagi Mr. Dass…

Tidak lupa juga kepada mama dan abah yang banyak mengajar dan mendidik aku, dimulakan dengan kalimah “Allahu Akbar”, bertatih, let us explore the world dan sehingga sekarang tidak pernah jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar..

Ohh, cikgu yang tak bertauliah pun ada jugak.. GURU MUDA (GM)
Hahaha.. yesss, kawan-kawanlah sebenarnya! :D
Walaupun diri sendiri pun tak berapa nak reti jugak sebenarnya kan.. tapi tetap berusaha jugak untuk tolong kawan2…

Wishing Happy Teacher’s Day on your Facebook status is way too MAINSTREAM…
Tweeting is not an option because I’m not sure if they have an account…
so, here it is :)

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

HAHAHA dah kenapa aku pulak yang nyanyi?


The Author

CATCH ME BECAUSE YOU CAN :)

Instagram

Blacy Smiley - Haha Bucktooth