Allah Selamatkan Kamu.. !

Assalamualaikum, Welcome to aNas nO HouSoku :) Any typos don't blame me, blame AutoCorrect :P Syukran! "Warning! May Contain Bahasa Rojak, Spelling and Grammatical errors" [The Author]

Wednesday, July 10, 2013

RAMADAN KAREEM!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

“Cuba teka hari ini, hari apa?”
“Hari RABU!”
“Betuuuulll, tarikh hari ini?”
“10 July 2013!”
“Err betul tapi nak jawapan lain….”

1 RAMADAN 1434H


Alhamdulillah Allah perkenankan doa kita, agar sampai ke bulan Ramadan. Termasuk tahun ni, kali ke 19 dipertemukan dengan bulan Ramadan bagi akulah tapi start puasa full hmm entahlah tak ingat, tapi awal yang pasti, hehehe O:D .. Ramadan ni memang tak dapat dipisahkan dengan gelaran-gelaran seperti Madrasah Ramadan, Bulan Barakah, Bulan Rahmat, Bulan Maghrifah, bulan buat benda baik, bulan syaitonirrajim kena ikat dll…
Janji Allah itu pasti! Segala ganjaran2, lailatul qadr itu semua pasti, apa yang perlu kita buat ialah pertingkatkan amalan bukan setakat pada kuantiti tapi pada kualiti jugak sepanjang bulan, sepanjang tahun, sepanjang hidup insyaAllah. Astaghfirullah! Memang tak dinafikan nak khusyuk dan benar2 ikhlas itu memang payah… tapi kenalah ikhtiar dan berusaha untuk upgrade iman dan taqwa! *headshot*

Nak bercerita tentang Ramadan kali ini,  insyaAllah full 29/30 hari akan berpuasa 16 jam bawah sinaran matahari terik irbid Jordan!  1st time puasa Ramadan luar tanah melayu. 


A Totally different atmosphere and a new way to enjoy Ramadan but sadly there’s no bazaar Ramadan.  

Well talk about new experience, this Ramadan we’ll be cooking our own iftar dishes and maybe sahur as well, if we’re that ‘rajin’ hehehe…  pagi tadi pun makan nasi putih, kicap dengan telur goring je.. bukan menagih simpati tapi berbangga.. hahahaha. Solat Terawih pun ada rasa suasana lain sikit tapi setakat semalam rasa macam kat Malaysia lagi meriah.. dan berharap sangat insyaAllah doakan agar sentiasa istiqamah, 30 malam terawih kat masjid… tak nak jadi golongan yang awal2 je semangat pastu 10 malam terakhir…

Masjid Depan Rumah, Terawih di sini, 11 Rakaat, 30 minit je!
As always, Azam Ramadan kali ini seperti yang disyorkan dalam islam sendiri…
Hari ini mesti lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini… so, same thing applies on this year Ramadan!

Wishing you guys Ramadan Kareem, Happy Fasting…

Selamat Beribadah, Selamat mencari Lailatul qadr, Selamat mendapatkan rahmat, maghfirah dan pembebasan daripada Neraka.. Maaf Zahir Batin
InsyaAllah Biiznillah J
p.s : abaikan intro yang agak annoying, hehehe
       
NANTIKAN POST EURO TRIP! 

The Author

Friday, May 31, 2013

So Long OMARI!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



:O *yawning*


Alhamdulillah after 9 months staying in Sakan Omari today will be my last night sleeping here…
There’d been many ups and downs here for us first year JUST students… ada yang rumah kena pecah masuk, kecurian itu ini tapi Alhamdulillah rumah aku, barang2 aku semua selamat dalam lindungan Allah… kalau nak cerita keburukan omari ni memang tak habis aku list yang baiknya satu je, hmmm tempat yang agak strategic… masalah air memang tak payah cerita last two weeks ni memang buka paip keluar angin je… ank masak pun tak boleh.. huh! Menumpang bilik air, dah macam kat asrama. But I guess that’s the spice of life… life is full of ups and downs even our heart knows it, well if it’s a straight line then you’re DEAD! :D

Hari ini khamis 30/5/2013
Kami berenam housemates, pergi balad (downtown) cari kedai carpet nak pasang kat rumah baru… ha! Ni tak cerita proses cari rumah lagi, penat baq hang! Tapi tak perlu kut nak cerita, tak berapa nak penting sangat pun… selesai pasang carpet, susun atur rumah semua nak dalam pukul 11 malam.. penat bhaii… tapi takpe susah senang kita bersama! Hahaha ohh ye lupa rumah ni bukan fadhi(kosong) tapi mafrush(fully furnish) so memang berganda-ganda tahap dewa payahnya nak pasang carpet! Almari besar gedabak nak angkut.. tapi takpe kami syabab perkasa, hahaha XD
InsyaAllah esok akan selesai segala benda, packing barang, then lepas solat jumaat, call pickup truck untuk angkut barang2 dari omari dan masuk ke rumah baru.. insyaAllah semuanya baik2 aje, memandangkan rumah depan masjid Abdullah thal je, turun tangga 15 langkah dah sampai pintu masjid… Alhamdulillah doakan ana sentiasa rajin ke rumah Allah ye O:’)
Seperkara lagi,
FINAL EXAM 2nd SEMESTER IS OVER!!!
Alhamdulillah so far results final yang dah dapat ok je, tak berapa nak puas hati untuk certain subjek, but there’s no one else to blame except for me… :’(
insyaAllah next sem barulah bermula kehidupan ana sebagai pelajar pergigian.. hahaha
DENTISTRY 101 : INTRODUCTION TO DENTISTRY

This Summer Break insyaAllah I’ll be going to Europe!
FRANCE-SPAIN-UK

(INSERT HERE)

Lepas tu 24 August -27 September
insyaAllah aku akan berangkat pulang ke tanah tumpahnya darahku
MALAYSIA~

Ha, gap antara euro trip dengan balik malaysia tu summer sem, raya puasa semua kat irbid, wuwuwuwuw :’(

The Author

Thursday, May 16, 2013

TEACHERS : a big part of my life

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

SELAMAT HARI GURU
16 MEI 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA 

(gempak giler tema tahun ni..) 
tema gempak untuk cikgu2 yang gempak

Guru, Cikgu, Ustaz, Ustazah, Teacher, Sir, Sensei
Tak kisahlah apa gelaran atau panggilan kita kepada mereka…
Tanpa mereka, pasti kurang ilmu kita, tidak akan sampai kepada tahap ilmu kita pada hari ini…
Ya, memang benar ilmu itu milik Allah, tetapi guru-gurulah yang menjadi wasilah pengantaraan ilmu itu kepada kita…
Alhamdulillah :)

Semoga segala jasa, pengorbanan dan penat lelah cikgu dalam mengajar kita, melayan karenah kita dalam kelas, dibalas dengan rahmat, keberkatan dan pengampunan daripada Allah S.W.T.
Tidak banyak yang mampu kami lakukan untuk membalas jasa guru-guru, insyaAllah cikgu akan sentiasa berada dalam doa kami semua..

1999                      :               Tadika Islam Kayu Ara (beberapa hari je.. hehehe )
1999-2000            :               Tadika Islam Al-Mujahideen
2001-2002            :               Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun
2003-2004            :               Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2)
2005-2006            :               Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
(2001-2003 & 2005           :               Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun)
(2004 & 2006                     :              Sekolah KAFA Integrasi At-Thaqafah)
2007-2011            :               Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (SBPIT)
2012                      :               International Education College (INTEC)
2012 – present       :               Jordan University Of Science and Technology (JUST)

Guru
Skop pandangan kita janganlah hanya tertumpu kepada institusi pendidikan, kepada guru professional & formal tetapi juga kepada mereka yang telah mengajar kita walaupun satu perkara. (ayat pun dah jadi skema :P )
Okay kalau nak list kat sini memang tak cukuplah kan.. hahaha ini tak termasuk dengan kelas memandu lagi Mr. Dass…

Tidak lupa juga kepada mama dan abah yang banyak mengajar dan mendidik aku, dimulakan dengan kalimah “Allahu Akbar”, bertatih, let us explore the world dan sehingga sekarang tidak pernah jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar..

Ohh, cikgu yang tak bertauliah pun ada jugak.. GURU MUDA (GM)
Hahaha.. yesss, kawan-kawanlah sebenarnya! :D
Walaupun diri sendiri pun tak berapa nak reti jugak sebenarnya kan.. tapi tetap berusaha jugak untuk tolong kawan2…

Wishing Happy Teacher’s Day on your Facebook status is way too MAINSTREAM…
Tweeting is not an option because I’m not sure if they have an account…
so, here it is :)

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

HAHAHA dah kenapa aku pulak yang nyanyi?


The Author

Wednesday, May 15, 2013

Happy... Happy.. Happy...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Who Should I give my LOVE to?
My respect and my honour to
Who should I pay good mind to
After Allah… and Rasulullah…

Comes your mother… who next?
Your mother… who next?
Your mother…
And then your father…
:’)

Mama I’m all grown up now,
It’s a brand new day,
I’d like to put a smile on your face everyday
Mama I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You’re The Number one For Me MAMA & ABAH <3>


How could I ever repay you?

:’) okay to be honest I cried a lil bit.. just a teardrop like the smiley.. ngehngeh
I miss abah and Mama.. siblings and nephew and nieces.. it’s almost 8 months now, the only chance for me to watch their faces is only through skype! Alhamdulillah Allah give me strength to be this strong! Because I can’t imagine myself back then, went through months without going back home… :’) okay enough for the emotional part


Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
7th May 2013
Happy Birthday ABAH !!!
May Allah grant you Jannah with his Rahmah for all your sacrifices and deeds.
You’re my Hero and one day InsyaAllah I’ll be like you a DENTIST!! Hehehe
Thanks for being there for me, your supports and everything…
Sorry for not being a great son when you’re already a superb DAD.

12th May 2013
Happy Mama Day!!!
Every day is mother’s day (fathers too.. hahaha)
Mama My Love, I miss you now and forever.. your cookings nyum nyum
You taking care of me, everything is so amazing… Sorry for everything I did that hurt you and Thanks for everything.
The best mom ever!

And not to forget happy mother’s day to both of my sisters too
and also on 7th may : Happy Birthday to my sister Dr. Aisyah..

really can’t wait to get back to Malaysia :) 

The Author

Monday, May 13, 2013

Broblem ?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Fuhh, kali ni memang lama gila tak update blog nih… why?  Hmm entahlah not in the mood of writing or sharing anything I guess… but sure there were so many things happened in my life for the past few months…
One thing for sure, I’m cracking my mind there’s these and those things unsettled. Listing ‘em here will not change anything but who cares? :P on top of the list, of course my study.. sekarang ni dalam fatrah final exam, kelas semua dah habis kira macam study week gitulah.. berbekalkan muaddal yang tak berapa nak capai target, hmm first paper akan starts 18 May 2013 yakni 5 hari lagi!

Hmmm, lepas tu isu  ‘siapa housemates?’ tapi rasanya dah setel cuma tinggal nak cari rumah baru je..  okay, this one I get a little excited! EURO TRIP NEXT MONTH!!! insyaAllah everything will be fine.. it’s just that maybe this is our first time so macam serabut sikit nak manage plans and everything.. not to mention budget nak bawa sana.. in short, financial, bukan terdesak takde duit pun, hahahaha tapi saje je kasi menggelabah supaya tak membazir sangat berbelanja..  Tiket balik Malaysia bulan 8 pun belum beli lagi.. even ramai yang dah beli…hmmm May Allah ease everything.. pastu lately macam malas giler nak update blog, selalu je draft dalam kepala tapi macam hmmm macam... entahlah MALAS itu je kut perkataan yang paling sesuai.. hihi
k. ni nak announce :D THIS IS MY 100th POST!!! weehoooo
and one more thing, I really do think I need a 'life companion' right now.. hehehehe

But that’s life :D
Well, I can say that you’re not human if you’re free from problems.. things to be put in minds, to think of. But whatever you do be rational think thoroughly seek help from Him (reminder for me too). 

The Author

Sunday, April 14, 2013

Rehat Sebentar.....

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

~ C.U.R.R.E.N.T.L.Y  S.T.U.D.Y.I.N.G ~


k.tipu... kalau ya memang tak update blog kan....
hmmm, tapi memang sepatutnya kena study pun sekarang ni..
so getting bored, last entry was also about exam, and now it's exam again.. sigh~
thanks to Mama and Abah for the skype call, kalau tak entahlah takde semangat nak exam... hahaha mengada je lebih :P

banyak je nak cerita tapi macam malas nak tulis... pasal hangout paintball + G.I. Joe
pastu kes hilang ehh bukan tapi tertinggal phone dalam kelas haahaha XD silly me..
okay insyaAllah amat memerlukan tembakan dan ledakan doa daripada kalian untuk exam kali ini.. insyaAllah akan dipermudahkan segala perkara.. :)
k.bye Assalamualaikum...


The Author

Thursday, March 21, 2013

a WAKE UP Call


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

“Life is not a bed of roses… sometimes you might be at the top of the world and sometimes you might get slipped… but always do remember that every fall is not the end, instead buck up and rise again, stronger! As long as you are alive there is always room for improvement”

Alhamdulillah akhirnya selesai jugak 1st exam untuk 2nd semester ni.. results pun dah dapat… tapi entahlah rasa macam tak berapa nak perform the marks were good above average but not that excellent…  syukur, selesai sudah mengadu kepada Allah dan parents :’)  dan harapnya insyaAllah dapat perbaiki diri… bukan semua orang boleh dengar keluhan kita yedok? Macam2 respon yang kita boleh dapat ada yang cakap…

“redha je dengan result, next exam boleh usaha lagi”
“kau dah usaha dah memang takat ni je, bersyukur jelah”
“ehh?! Okaylah tu markah kau! Cuba kau fikir ramai lagi yang lagi rendah daripada kau…”
“Itulah kau, target tinggi sangat, bila dah tak dapat kan dah kecewa”

Tak kisahlah kau nak cakap apa pun, well as for me kalau ada orang mengeluh kat aku, I’ll try to soothe and hear from more than talk to them.. because sometimes they just want to express themselves. Even sometimes I do that.. hihihi

[teringat izzul time kat sekolah dulu, selalu tepuk2 bahu sambil cakap takpe usaha lagi kau dah buat yang terbaik… hahaha memang bengang habis ah macam menganjing je but it turned out to be a good laugh :’) ]

 Mama said to me,
 “HAA, anas overconfident ni, kurang berdoa, or maybe you felt contented with yourself”
OUCH!! HEADSHOT!

Err, I’ll take that advice with open heart, just a reminder to myself, all knowledge that you gained are HIS. And this is what I call a WAKE UP call from HIM… To remind us that Studying is compulsory no matter how genius you are… and don’t get too proud with your achievements and fell kinda like superior to others because everything occurs according to His Will… insyaAllah everything is the best for us J

 

Ohh dan tidak lupa jugak kepada batch Predominate95 SBPIT, Congrats for your results no matter how it turned out to be like :) Allah has the greatest plan for you…All your hardworks will be paid off if not today perhaps it will be tomorrow… Good Luck in your future undertakings... itupun kalau ada yang baca… hahah XD

The Author

Friday, March 8, 2013

Ukhuwah Fillah :)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


I guess it has been awhile for me writing a new entry, the first one this month  The heat of the 1st exam for this 2nd semester can be felt now but guess what still not in the mood of studying so that is why I'm writing right now.. Hahaha This time like no any other posts before, I'd been called to write about ukhuwah, brotherhood, friendship or whatever you want to call em  Lately alhamdulillah I'd been enjoying my times with my friends here.. nak kabo pentingnya macam mana, even time kat sekolah dah nampak kalau ukhuwah antara batch tu kuat mesti gempak jugak results diorang, HAA ini baru skop dalam batch dalam sekolah tapi kalau kita ambik ukhuwah sesama saudara seislam?

Hmmm, bermula dengan lepak2 santai dengan geng PINTAR kinda like usrah… main boling kut, hahaha agaknya tu kut yang best :P to be honest when I was at school, even I was the naqib I didn’t see the importance of it though some discussions were very good, well maybe because at school mostly everything is provided… kau nak majlis ilmu, kat surau ada, dalam kelas pun banyak cikgu2 nak tegur… kawan2 pun ramai pagi petang siang malam.. nak call mak ayah pun murah, pastu boleh balik setiap bulan pulak tu kan, sekurang-kurangnya… well things are different here, and you must find yourself a way to be in HIS way… pengisian rohani dan ini mungkin salah satu daripadanya… kelas2 agama memang banyak, nak tak nak je sekarang ni…


Then, kami budak-budak dentist 1st year lelaki seramai 12 orang sahaja (+1), yess 12 sahaja limited edition tuu.. buka puasa sama2, walaupun sembang kopi semata-mata takda yang ilmiah sangat pun tapi itulah nak merapatkan ukhuwah, sebab insyaAllah kami akan menempuh 4 tahun akan datang bersama insyaAllah no one is left behind.. kawan2 medik pun ok je.. we’re not trying to be racist okay.. hahaha
gambar curi.. hahahah ada aku kisah?
Housemates pun semua Alhamdulillah.. dah makin ‘click’ sikit.. walaupun ye memang pelbagai ragam. Adib seorang hafiz asal kelantan, memang gua tabik sama luu, and ohh not to forget he is one of my coursemates J Shukri dah kenal 6 tahun memang macam tulah dia… hahaha Hazmi, cek mai dari kedah no hahaha dah kenapa tetiba cakap kedah ni XD lagi seorang Faizi, duduk jalan kebun family asal Kelantan kuat main game layan movie tapi score.. gempak lassiot.. hahaha

Dan bukan nak bangga tapi aku rasa aku paling rajin kemas rumah.. hahaha XD dah takde junior yang nak suruh sapu bersihkan.. kenelah buat sendiri, walaupun kadang2 tu terasalah jugak “asyik-asyik aku je!” tapi itulah aku ingat pesan mak aku dulu, duduk satu rumah ni kita kena benefits each other. Sebab aku rasa kat rumah nilah yang sebenarnya mencerminkan macam mana kita kat rumah dengan keluarga, yedok?  I’m doing my part as a housemate to keep the house clean, making dinner and wash the dishes :D insyaAllah from time to time things will be much better.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم)
15 - Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."
(Bukhari dan Muslim)

So, what I’m trying to say is that ukhuwah or friendship is very important to keep us going, obviously we can’t live by ourselves alone… we need each other, that’s how weak humans are.. we can’t live a normal happy live without others… being lonely is painful but to be far away from Allah is far more excruciating…

Even though our families are thousands miles away, apart but very close to our heart.
The Author

Saturday, February 16, 2013

Here comes the Second Semester...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

A new semester, a new beginning, new subjects…bla…bla…bla
Last semester, Alhamdulillah overall results semua ok..
Semester yang 4 bulan ni aku ambil 3 subjek wajib university, 3 subjek ikhtiari (elektif) total 18 credit hours..

Oklah kali ni dapat susun jadual sendiri so dah takdelah gap panjang2 berjam-jam lagi macam 1st semester haritu.. Cuma nya takdelah masa aku nak study kat library lagi.. kat rumah jelah.. kalau kat rumah, hmmm tau tau jelah.. banyak temptations.. 3:D subjek ikhtiari tu kalau boleh nak habiskan terus tahun ni sebab markah dia akan effect markah first year, dan harap adalah benefits dan ilmu baru... pastu tahun depan dah boleh concentrate subject dental je.. yeahh! insyaAllah J


PHYSICS
Antara subjek yang tak pernah fail buat aku cuak sejak zaman sekolah lagi… walau apepun kena jugak score subjek ni… terbaik physics kut dulu entah macam mana boleh dapat…  tapi dengar2 memang physics sini tough sikit..

ORGANIC CHEMISTRY
Subjek killer untuk 2nd sem… imagination kena kuat jangan dok berangan sudah.. hihihi…
Lecturer so far so good…  siap kena tukar kelas ke hall lagi sebab banyak sangat mustame3…

VISUAL BASIC
Entahlah belajar programming, coding… subjek menarik tapi lecturer cakap arab je… sikit je cakap English itupun yang ada dalam slides… tapi takpelah challenge diri sikitlah kan.. J insyaAllah ok je kut..

NATURAL RESOURCES AND MAN
Macam geografi.. belajar world population vs natural resources.. yang ni lecturer best sebab fully English, fluent takde “arabglish”  :D

ENVIRONMENT PROTECTION
Yang ni pun macam geografi jugak but more to the effects on the environment, conservation preservation segala bagai tu.. lecturer dia sangat “kelakar”.. hihihi tapi macam agak boring dan mengantuk sikit.. K

ANIMAL HEALTH
Aku, Alang dengan yayan je melayu dalam kelas nih.. memang taklah lecturer nak cakap English.. K
Belajarlah pasal diseases binatang2 nih.. entahlah belajar jelah pastu jawab exam..

So, overall semester kali ni banyak subjek ikhtiari… kalau yang berkaitan dengan dentistry pun organic chemistry dgn physics tu je… kut! nak tak nak kena jugak belajar.. I’ll try tajdid niat lillahi ta’ala belajar, barulah bermanfaat kan.. J takdelah exam –oriented sangat.. insyaAllah, nak jugak try kejar dean’s list ke president’s list ke untuk 1st year ni.. sebab lepas2 ni akan lebih susah.. hihihi…

ohh ye 14 februari dah lepas... bukan bukan sebab valentine's.. maksudnya aku dah setengah tahun kat jordan nih.. huhuhu :'|

The Author

Friday, February 8, 2013

KuSahut SeruanMu Ya Allah O:)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah  O:)

| SPEECHLESS | BREATH-TAKING | INDESCRIBABLE | AWESTRUCK |

To be honest, I don’t know what to write about my recent UMRAH
hmmm, about the JOURNEY?


IRBID à MEDINA à ( Jabal Uhud, Quba’ Mosque, Dates Farm, Bir Ali) à MECCA

Might be a lil bit boring, literally… sleeping (backache), eating Lays, cookies and Lays again! Not healthy at all huh! 28 hours on bus from Irbid to Medina, the immigration dragged the time actually and the bus broke down several times too then 26 hours return trip from Mecca to Irbid. Weird! Because the distance from Irbid to Mecca is further than to Medina actually… in fact, our journey from Medina to Mecca took about 11 to 12 hours plus a visit to Jabal Uhud, Quba’ Mosque, Dates Farm, Miqat at BIR ALI and Lunch.. hehehehe :P 


Jauh kan? naik bas pulak tu...


MADINAH AL-MUNAWWARAH | ا لمدينة المنورة


Sesampai je kat madinah check in hotel dah malam pukul 11… first impression | WHOAA :O | kenapa? Cantik kut madinah ada macam2 tempat nak shopping tak macam kat Jordan ni.. huh! Tapi takpelah bukannya datang sini nak shopping pun kan… malam tu just relax2 badan lepas lama gegilos dalam bas kan…. Oh ye, roommate sama2 dengan shahrin, naimi dengan din sahar… 

Alhamdulillah first visit to Masjid Nabawi ni rasa macam lain sangat, yelah biasanya sebelum ni tengok kat dalam TV je dan aku pun sebenarnya tak tau sangat pasal Masjid Nabawi ni (shame on me!) aku ingatkan maqam Nabi bukan dalam masjid pastu raudhah tu pun macam aku tak cakna sangat.. perkuburan baqi’ tu aku ingatkan jauh… huhuhu but at least now I know :’) Alhamdulillah..

Raudhah :-

[Taman Syurga] Kawasan antara Makam Nabi Muhammad dengan Mimbar Masjid kalau nak kenal dia karpet warna hijau.. kalau tempat lain karpet warna merah…  dan raudhah ni merupakan salah satu tempat yang mustajab berdoa, mula2 first visit tu sempat buat tahyatul masjid je kat sini dan disebabkan sempit ramai orang, lepas tu tak rasa macam nak berebut sangat pun… Tapi time solat jumaat tu ingatkan just nak solat sunat kat raudhah then duduklah kat mana2 bahagian masjid, datang pukul 11 pun dah sesak kat situ, then barulah tau yang sebelum ni aku solat tu kawasan kecik raudhah je, selebihnya ditutup… start daripada tulah tetiba terasa macam nak berebut tempat tapi tak dapat pun jumaat kat situ, sempat solat2 sunat selepas solat jumaat je.. tapi takpelah Alhamdulillah syukur :D dan dekat situ ada banner yang tulis lebih kurang macam ni, “ Tak payah berebut sangat nak masuk dalam raudhah ni sampai tolak2 saudara2 sendiri, Kalau memang betul2 nak insyaAllah akan dapat peluang tu…”  dan  malu jugaklah ‘sebelah’ nabi pun kita nak tolak berebut sampai macam tu sekali kan… Alhamdulillah aku pun dapatlah jugak iktikaf kat situ beberapa waktu solat.. Alhamdulillah syukur sangat2 :’) dan perasaan nak ke masjid dan beriktikaf tu memang tinggi!







Makam Nabi Muhammad S.A.W :-

السلام عليك يا حبيبي يا رسول الله محمد صلى الله عليه وسلام
السلام عليك با ابو بكرالصديق خليفة رسول الله صلى الله عليه وسلام رضى الله عنه
السلام عليك يا عمر الخطاب امير المؤمنين رضى الله عنه

kalau masuk ikut pintu utama atau lebih dikenali sebagai باب السلام  masuk jalan straight je dan sampai dan memang ramai orang kat sini.. seperkara yang perlu kita ingat, Doa mohon kepada Allah (bab2 tawassul ni aku tak berani nak tulis sebab ada banyak pandangan dan ada kaedah2 dia) Ya Allah, macam tak sangka jasad nabi Muhammad ada dalam tu, dah dekat sangat dah tu… tapi hati kita terikat ke kepada nabi? Banyak mana kita selawat? Dan syukur dapat sambut maulidur rasul kat dalam masjid nabawi tu sendiri… memang lain sangat perasaan… 12 Rabiul awal tarikh kelahiran dan kewafatan Nabi Muhammad :’)  
صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلام


Baqi’ :-
Tanah perkuburan Islam…Kalau sebelum ni belajar sirah dalam PAI, kita dok hafal dikebumikan di baqi'.. .  yang uniknya kat sini kubur tu just letak tanda macam tu je takde tulis nama pun dan kita pun diharuskan untuk menziarahi kubur untuk menimbulkan zikrulmaut dalam diri kita… Ramai dalam kalangan para sahabat yang dikebumikan di sini seperti Saidina Uthman bin Affan, isteri2 nabi… dan Baqi’ni dia buka setiap kali selepas waktu solat subuh dengan asar… maghrib asar isya’ tak sure pulak tapi sekejap jelah…

Habis 3 hari dekat Madinah.. kini tibalah masanya untuk berangkat ke Mekkah bagi melaksanakan ibadah umrah, terasa sayu jugak nak tinggalkan Madinah, Masjid Nabawi entah bila lagi dapat jejakkan kaki kat sini lagi kan… tapi sebelum tu lawat Jabal Uhud dulu, ambil feel para syuhada’ dan ingat2 balik kisah peperangan uhud… kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk buat solat sunat 2 rakaat… masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam… lepas tu plannya nak pergi ke kilang Al-Quran tapi ramai sangat orang.. so pergilah ke Ladang kurma dan belilah kurma yang boleh tahan harganya kut!


rombongan kami di bukit uhud

MIQAT di BIR ALI :-
Tak payah rasanya aku cerita miqat tu apa… bukannya nak ajar PSI ke PAI pun kan..? hihihi niat ihram dekat sini, beli semua kain ihram dan peralatan2 lain pun dekat sini.. kain ihram yang aku beli dan ramai lagi orang lain 40Riyal made in Madinah! Mandi, solat sunat dan semualah perkara sunat sebelum ihram semua buat dekat sini… adalah rasa macam kekok sikit nak pakai kain ihram tu pusing2 jugak.. hihihi but it was a nice experience! Not every day you can wear 2 pieces of unsewn cloth, right?! sedikit briefing dibuat oleh syeikh abu haitham tentang pantang larang ihram dan bersahut sahutanlah laungan talbiah sepanjang perjalanan sebelum tertidur…zzz

MEKAH AL-MUKARRAMAH | المكة المكرمه

Alhamdulillah, macam tak sangka! “Wehh aku kat Mekah wehh!!!” Tempat kelahiran Rasulullah S.A.W.  Kitorang sampai lebih kurang time isyak. Sampai2 terus check in hotel angkut barang dan terus ready untuk melaksanakan Umrah… time tu rasa macam tak sabar nak habis ihram nak tengok Kaabah… SUBHANALLAH, BISMILLAHI ALLAHU AKBAR! my first sight of Kaabah, I just couldn’t believe my eyes… here I am in Masjidil Haram in front of Kaabah our Qiblat!

from upper left: 1st Floor, rooftop, basement, ground floor of Masjidil Haram

Kalau sebelum ni setakat hafal dan buat amali haji kat sekolah… this time it was for Real! Tawaf and Sai’e for real! No Play2 :’) 7 rounds tawaf done and I have to admit that Sai’e was really do kinda tiring… dan baru tau macam mana sebenarnya lampu2 hijau tempat yang disunatkan untuk lari anak yang selalu sebut dalam buku PSI atau reference mana2… tapi lain sikitlah dalam buku dulu tulis antara dua lampu hijau tapi sekarang ni dah sepanjang lampu hijau ekekeke… memang boleh rasa macam mana dulu Siti Hajar cari air, tapi time tu lagilah mana ada bumbung kipas segala bagai… Niat dah, Tawaf dah, Sai’e dah, yang tinggal tahallul je..and guess what I shaved my head! Alhamdulillah done my first Umrah… :’)  habis tunggu turn nak cukur kepala tu dah dekat pukul 1 lebih.. the very first to botak : Luqme, Mukhriz, Shahrin, Amirul and ME!
exclusive kut gambar ni... kat fb mana ada.. hihiih :P

Dua dua pun handsome kan? kan? XD
2nd time aku buat umrah, miqat di Masjid ‘Aisyah, tana’em dengan tambang teksi 50Riyal pergi balik bahagi 4… dua2 umrah aku buat malam tapi 2nd time ni buat sai’e kat tingkat satu sebab macam pendek sikit dan tak ramai orang…



Tawaf Sunat pun Alhamdulillah pagi, tengah hari, petang, malam semua dah rasa…

HAJARUL ASWAD :-
Tiga, empat kali jugak aku try nak cium hajarul aswad, tapi macam just ikut arus je kalau dapat, dapat kalau tak cuba lagi.. mungkin sebab usaha aku banyak macam tu je sebab tu tak dapat… dan memang orang berebut sungguh nak cium hajarul aswad yang memang ‘one at a time’ kesabaran, tolak ansur dan semangat yang tinggi tu memang sangat penting! Alhamdulillah aku dapat cium pukul 2 pagi… time ni pun macam dah tak ramai sangat orang… jeles dengan kawan2 lain yang dah dapat cium tapi kita tak dapat lagi dan akhirnya dapat jugak.. kena ingat jangan sebab nak dapatkan benda sunat, cium hajarul aswad kita abaikan perkara wajib, ukhuwah@hubungan sesame muslim.. kalau dah tolak-tolak ganas-ganas macam tu kan tak molek kan…?!

HIJR ISMAIL:-
Alhamdulillah dapat jugak buat solat sunat 2 rakaat kat sini.. sempit memang sempit, sesak memang sesak tapi tak macam kat raudhah, sini Nampak jugak flow traffic dia.. dan entahlah time tengah sujud tu tetiba rasa macam kene’ter’pijak.. nasib baik Alhamdulillah ter je..  hijr ismail ni pulak bukak time malam je lepas subuh dah tutup…

Alhamdulillah sepanjang beriktikaf dalam masjidil haram ni rasa senang tenang, semangat je nak beribadah takde sangat malas2 ni… semua tempat aku explore nak tengok seni bina Masjidil Haram ni, dengan arah qiblat yang melengkung.. semua aras aku dah solat.. alhamdulillah air ZamZam pun senang je nak dapat memang minum air ZamZam jelah kat situ… solat depan mata Nampak Ka’abah.. SubhanaAllah memang tak tau nak gambarkan macam mana… O:’)

Kami pun sempat jugaklah, sheikh tu bawa pergi lawat Jabal Rahmat di Arafah, lepas tu pergi Mina dan Muzdalifah… tengok2 gitu je.. sebab tempat2 ni involved dalam haji je… dan kitorang dapat 10liter sorang air zamzam :)
Jabal Rahmah di belakang..
Hari last tu memang rasa sayu sikit, 5 hari tu rasa macam sekejap sangat.. Mekah ni rasa macam tempat yang penuh dengan iman! nak bertolak dari situ dalam pukul 8.30 so nak tak nak memang kena buat tawaf wida’selepas subuh tu.. dan Alhamdulillah sempat, kesian jugak dekat kawan2 lain yang tak sempat sebab ingatkan syeikh akan bawa kitorang buat tawaf wida’selepas semua dah siap packing naik bas… tapi tak, terus gerak balik irbid… insyaAllah panjang umur murah rezeki, lepas ni nak pergi lagi.. insyaAllah dapat menjadi tetamu Allah lagi selepas ni….

Abah, Mama, Ani, Abg Hazrul, Ayun, Abg Zamri, Aisyah , Ali, Sofi, Adik…. insyaAllah lepas ni kita pergi sekeluarga.. kalau tak dapat sekali pun, at least kita dapat merasa sekali insyaAllah… terasa jugaklah datang sini tengok orang lain, mostly datang dengan family tapi kita sendiri dengan kawan2… tapi takpe rezeki Allah tu luas insyaAllah nanti kita semua dapat menjejakkan kaki kat dua tanah haram ni….. aminnn :’)

Bab Lagha sikit :P sikit je….

Nak cari makan kat sini walaupun rate riyal lebih kurang macam kat Malaysia tapi harga dia standard macam kat Jordan jugak! Makanan melayu memang tak payah cakaplah mahalnya macam mana… huhuhu

Nak shopping?! Keluar je masjidil haram tu belambak shopping mall sama jugak dengan masjid nabawi tapi friendly advice, aku rasa better kalau nak shopping kat Madinah, jubah segala bagai tu… nanti sampai Mekah memang dah boleh concentrate 100% untuk ibadah je dan lagi senang nak tawar menawar ni.... insyaAllah….
sebesar besar ni shopping jelah :)

Datang sini memang membuka mata sedikit, tentang masyarakat Islam kat luar sana.. Banyak yang teramat sebenarnya saudara2 seislam kita.. jangan kita rasa kita lebih, yang membezakan hanyalah taqwa kepada Allah, tak kisahlah dari mana turkey, ke india ke Indonesia ke kan… dan yang menjadi paling hangat dibincangkan ialah orang2 turkey.. hihihi =^.^=

And Yess, dah seminggu meninggalkan tanah haram, insyaAllah dan berharap sangat dapat istiqamah dalam beribadah kepada Allah, tak banyak pun takpe, sikit je tapi istiqamah dan terus meningkat sikit2… hanya kepada Allah kita memohon segala sesuatu dan tempat untuk meminta pertolongan… dan memang bila sampai sini kalau tak beribadah akan rasa lain macam..

ohh lupa nak tuntuk gambar dari shahrin dengan Alang... hihihi aku ni rajin masuk camera orang, camera sendiri banyak views je... :P tapi bolehlah klik gambar Umrah sini  untuk tengok.. Thanks for reading this super long post! 

The Author

CATCH ME BECAUSE YOU CAN :)

Instagram

Blacy Smiley - Haha Bucktooth