Allah Selamatkan Kamu.. !

Assalamualaikum, Welcome to aNas nO HouSoku :) Any typos don't blame me, blame AutoCorrect :P Syukran! "Warning! May Contain Bahasa Rojak, Spelling and Grammatical errors" [The Author]

Saturday, February 16, 2013

Here comes the Second Semester...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

A new semester, a new beginning, new subjects…bla…bla…bla
Last semester, Alhamdulillah overall results semua ok..
Semester yang 4 bulan ni aku ambil 3 subjek wajib university, 3 subjek ikhtiari (elektif) total 18 credit hours..

Oklah kali ni dapat susun jadual sendiri so dah takdelah gap panjang2 berjam-jam lagi macam 1st semester haritu.. Cuma nya takdelah masa aku nak study kat library lagi.. kat rumah jelah.. kalau kat rumah, hmmm tau tau jelah.. banyak temptations.. 3:D subjek ikhtiari tu kalau boleh nak habiskan terus tahun ni sebab markah dia akan effect markah first year, dan harap adalah benefits dan ilmu baru... pastu tahun depan dah boleh concentrate subject dental je.. yeahh! insyaAllah J


PHYSICS
Antara subjek yang tak pernah fail buat aku cuak sejak zaman sekolah lagi… walau apepun kena jugak score subjek ni… terbaik physics kut dulu entah macam mana boleh dapat…  tapi dengar2 memang physics sini tough sikit..

ORGANIC CHEMISTRY
Subjek killer untuk 2nd sem… imagination kena kuat jangan dok berangan sudah.. hihihi…
Lecturer so far so good…  siap kena tukar kelas ke hall lagi sebab banyak sangat mustame3…

VISUAL BASIC
Entahlah belajar programming, coding… subjek menarik tapi lecturer cakap arab je… sikit je cakap English itupun yang ada dalam slides… tapi takpelah challenge diri sikitlah kan.. J insyaAllah ok je kut..

NATURAL RESOURCES AND MAN
Macam geografi.. belajar world population vs natural resources.. yang ni lecturer best sebab fully English, fluent takde “arabglish”  :D

ENVIRONMENT PROTECTION
Yang ni pun macam geografi jugak but more to the effects on the environment, conservation preservation segala bagai tu.. lecturer dia sangat “kelakar”.. hihihi tapi macam agak boring dan mengantuk sikit.. K

ANIMAL HEALTH
Aku, Alang dengan yayan je melayu dalam kelas nih.. memang taklah lecturer nak cakap English.. K
Belajarlah pasal diseases binatang2 nih.. entahlah belajar jelah pastu jawab exam..

So, overall semester kali ni banyak subjek ikhtiari… kalau yang berkaitan dengan dentistry pun organic chemistry dgn physics tu je… kut! nak tak nak kena jugak belajar.. I’ll try tajdid niat lillahi ta’ala belajar, barulah bermanfaat kan.. J takdelah exam –oriented sangat.. insyaAllah, nak jugak try kejar dean’s list ke president’s list ke untuk 1st year ni.. sebab lepas2 ni akan lebih susah.. hihihi…

ohh ye 14 februari dah lepas... bukan bukan sebab valentine's.. maksudnya aku dah setengah tahun kat jordan nih.. huhuhu :'|

The Author

Friday, February 8, 2013

KuSahut SeruanMu Ya Allah O:)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah  O:)

| SPEECHLESS | BREATH-TAKING | INDESCRIBABLE | AWESTRUCK |

To be honest, I don’t know what to write about my recent UMRAH
hmmm, about the JOURNEY?


IRBID à MEDINA à ( Jabal Uhud, Quba’ Mosque, Dates Farm, Bir Ali) à MECCA

Might be a lil bit boring, literally… sleeping (backache), eating Lays, cookies and Lays again! Not healthy at all huh! 28 hours on bus from Irbid to Medina, the immigration dragged the time actually and the bus broke down several times too then 26 hours return trip from Mecca to Irbid. Weird! Because the distance from Irbid to Mecca is further than to Medina actually… in fact, our journey from Medina to Mecca took about 11 to 12 hours plus a visit to Jabal Uhud, Quba’ Mosque, Dates Farm, Miqat at BIR ALI and Lunch.. hehehehe :P 


Jauh kan? naik bas pulak tu...


MADINAH AL-MUNAWWARAH | ا لمدينة المنورة


Sesampai je kat madinah check in hotel dah malam pukul 11… first impression | WHOAA :O | kenapa? Cantik kut madinah ada macam2 tempat nak shopping tak macam kat Jordan ni.. huh! Tapi takpelah bukannya datang sini nak shopping pun kan… malam tu just relax2 badan lepas lama gegilos dalam bas kan…. Oh ye, roommate sama2 dengan shahrin, naimi dengan din sahar… 

Alhamdulillah first visit to Masjid Nabawi ni rasa macam lain sangat, yelah biasanya sebelum ni tengok kat dalam TV je dan aku pun sebenarnya tak tau sangat pasal Masjid Nabawi ni (shame on me!) aku ingatkan maqam Nabi bukan dalam masjid pastu raudhah tu pun macam aku tak cakna sangat.. perkuburan baqi’ tu aku ingatkan jauh… huhuhu but at least now I know :’) Alhamdulillah..

Raudhah :-

[Taman Syurga] Kawasan antara Makam Nabi Muhammad dengan Mimbar Masjid kalau nak kenal dia karpet warna hijau.. kalau tempat lain karpet warna merah…  dan raudhah ni merupakan salah satu tempat yang mustajab berdoa, mula2 first visit tu sempat buat tahyatul masjid je kat sini dan disebabkan sempit ramai orang, lepas tu tak rasa macam nak berebut sangat pun… Tapi time solat jumaat tu ingatkan just nak solat sunat kat raudhah then duduklah kat mana2 bahagian masjid, datang pukul 11 pun dah sesak kat situ, then barulah tau yang sebelum ni aku solat tu kawasan kecik raudhah je, selebihnya ditutup… start daripada tulah tetiba terasa macam nak berebut tempat tapi tak dapat pun jumaat kat situ, sempat solat2 sunat selepas solat jumaat je.. tapi takpelah Alhamdulillah syukur :D dan dekat situ ada banner yang tulis lebih kurang macam ni, “ Tak payah berebut sangat nak masuk dalam raudhah ni sampai tolak2 saudara2 sendiri, Kalau memang betul2 nak insyaAllah akan dapat peluang tu…”  dan  malu jugaklah ‘sebelah’ nabi pun kita nak tolak berebut sampai macam tu sekali kan… Alhamdulillah aku pun dapatlah jugak iktikaf kat situ beberapa waktu solat.. Alhamdulillah syukur sangat2 :’) dan perasaan nak ke masjid dan beriktikaf tu memang tinggi!







Makam Nabi Muhammad S.A.W :-

السلام عليك يا حبيبي يا رسول الله محمد صلى الله عليه وسلام
السلام عليك با ابو بكرالصديق خليفة رسول الله صلى الله عليه وسلام رضى الله عنه
السلام عليك يا عمر الخطاب امير المؤمنين رضى الله عنه

kalau masuk ikut pintu utama atau lebih dikenali sebagai باب السلام  masuk jalan straight je dan sampai dan memang ramai orang kat sini.. seperkara yang perlu kita ingat, Doa mohon kepada Allah (bab2 tawassul ni aku tak berani nak tulis sebab ada banyak pandangan dan ada kaedah2 dia) Ya Allah, macam tak sangka jasad nabi Muhammad ada dalam tu, dah dekat sangat dah tu… tapi hati kita terikat ke kepada nabi? Banyak mana kita selawat? Dan syukur dapat sambut maulidur rasul kat dalam masjid nabawi tu sendiri… memang lain sangat perasaan… 12 Rabiul awal tarikh kelahiran dan kewafatan Nabi Muhammad :’)  
صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلام


Baqi’ :-
Tanah perkuburan Islam…Kalau sebelum ni belajar sirah dalam PAI, kita dok hafal dikebumikan di baqi'.. .  yang uniknya kat sini kubur tu just letak tanda macam tu je takde tulis nama pun dan kita pun diharuskan untuk menziarahi kubur untuk menimbulkan zikrulmaut dalam diri kita… Ramai dalam kalangan para sahabat yang dikebumikan di sini seperti Saidina Uthman bin Affan, isteri2 nabi… dan Baqi’ni dia buka setiap kali selepas waktu solat subuh dengan asar… maghrib asar isya’ tak sure pulak tapi sekejap jelah…

Habis 3 hari dekat Madinah.. kini tibalah masanya untuk berangkat ke Mekkah bagi melaksanakan ibadah umrah, terasa sayu jugak nak tinggalkan Madinah, Masjid Nabawi entah bila lagi dapat jejakkan kaki kat sini lagi kan… tapi sebelum tu lawat Jabal Uhud dulu, ambil feel para syuhada’ dan ingat2 balik kisah peperangan uhud… kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk buat solat sunat 2 rakaat… masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam… lepas tu plannya nak pergi ke kilang Al-Quran tapi ramai sangat orang.. so pergilah ke Ladang kurma dan belilah kurma yang boleh tahan harganya kut!


rombongan kami di bukit uhud

MIQAT di BIR ALI :-
Tak payah rasanya aku cerita miqat tu apa… bukannya nak ajar PSI ke PAI pun kan..? hihihi niat ihram dekat sini, beli semua kain ihram dan peralatan2 lain pun dekat sini.. kain ihram yang aku beli dan ramai lagi orang lain 40Riyal made in Madinah! Mandi, solat sunat dan semualah perkara sunat sebelum ihram semua buat dekat sini… adalah rasa macam kekok sikit nak pakai kain ihram tu pusing2 jugak.. hihihi but it was a nice experience! Not every day you can wear 2 pieces of unsewn cloth, right?! sedikit briefing dibuat oleh syeikh abu haitham tentang pantang larang ihram dan bersahut sahutanlah laungan talbiah sepanjang perjalanan sebelum tertidur…zzz

MEKAH AL-MUKARRAMAH | المكة المكرمه

Alhamdulillah, macam tak sangka! “Wehh aku kat Mekah wehh!!!” Tempat kelahiran Rasulullah S.A.W.  Kitorang sampai lebih kurang time isyak. Sampai2 terus check in hotel angkut barang dan terus ready untuk melaksanakan Umrah… time tu rasa macam tak sabar nak habis ihram nak tengok Kaabah… SUBHANALLAH, BISMILLAHI ALLAHU AKBAR! my first sight of Kaabah, I just couldn’t believe my eyes… here I am in Masjidil Haram in front of Kaabah our Qiblat!

from upper left: 1st Floor, rooftop, basement, ground floor of Masjidil Haram

Kalau sebelum ni setakat hafal dan buat amali haji kat sekolah… this time it was for Real! Tawaf and Sai’e for real! No Play2 :’) 7 rounds tawaf done and I have to admit that Sai’e was really do kinda tiring… dan baru tau macam mana sebenarnya lampu2 hijau tempat yang disunatkan untuk lari anak yang selalu sebut dalam buku PSI atau reference mana2… tapi lain sikitlah dalam buku dulu tulis antara dua lampu hijau tapi sekarang ni dah sepanjang lampu hijau ekekeke… memang boleh rasa macam mana dulu Siti Hajar cari air, tapi time tu lagilah mana ada bumbung kipas segala bagai… Niat dah, Tawaf dah, Sai’e dah, yang tinggal tahallul je..and guess what I shaved my head! Alhamdulillah done my first Umrah… :’)  habis tunggu turn nak cukur kepala tu dah dekat pukul 1 lebih.. the very first to botak : Luqme, Mukhriz, Shahrin, Amirul and ME!
exclusive kut gambar ni... kat fb mana ada.. hihiih :P

Dua dua pun handsome kan? kan? XD
2nd time aku buat umrah, miqat di Masjid ‘Aisyah, tana’em dengan tambang teksi 50Riyal pergi balik bahagi 4… dua2 umrah aku buat malam tapi 2nd time ni buat sai’e kat tingkat satu sebab macam pendek sikit dan tak ramai orang…



Tawaf Sunat pun Alhamdulillah pagi, tengah hari, petang, malam semua dah rasa…

HAJARUL ASWAD :-
Tiga, empat kali jugak aku try nak cium hajarul aswad, tapi macam just ikut arus je kalau dapat, dapat kalau tak cuba lagi.. mungkin sebab usaha aku banyak macam tu je sebab tu tak dapat… dan memang orang berebut sungguh nak cium hajarul aswad yang memang ‘one at a time’ kesabaran, tolak ansur dan semangat yang tinggi tu memang sangat penting! Alhamdulillah aku dapat cium pukul 2 pagi… time ni pun macam dah tak ramai sangat orang… jeles dengan kawan2 lain yang dah dapat cium tapi kita tak dapat lagi dan akhirnya dapat jugak.. kena ingat jangan sebab nak dapatkan benda sunat, cium hajarul aswad kita abaikan perkara wajib, ukhuwah@hubungan sesame muslim.. kalau dah tolak-tolak ganas-ganas macam tu kan tak molek kan…?!

HIJR ISMAIL:-
Alhamdulillah dapat jugak buat solat sunat 2 rakaat kat sini.. sempit memang sempit, sesak memang sesak tapi tak macam kat raudhah, sini Nampak jugak flow traffic dia.. dan entahlah time tengah sujud tu tetiba rasa macam kene’ter’pijak.. nasib baik Alhamdulillah ter je..  hijr ismail ni pulak bukak time malam je lepas subuh dah tutup…

Alhamdulillah sepanjang beriktikaf dalam masjidil haram ni rasa senang tenang, semangat je nak beribadah takde sangat malas2 ni… semua tempat aku explore nak tengok seni bina Masjidil Haram ni, dengan arah qiblat yang melengkung.. semua aras aku dah solat.. alhamdulillah air ZamZam pun senang je nak dapat memang minum air ZamZam jelah kat situ… solat depan mata Nampak Ka’abah.. SubhanaAllah memang tak tau nak gambarkan macam mana… O:’)

Kami pun sempat jugaklah, sheikh tu bawa pergi lawat Jabal Rahmat di Arafah, lepas tu pergi Mina dan Muzdalifah… tengok2 gitu je.. sebab tempat2 ni involved dalam haji je… dan kitorang dapat 10liter sorang air zamzam :)
Jabal Rahmah di belakang..
Hari last tu memang rasa sayu sikit, 5 hari tu rasa macam sekejap sangat.. Mekah ni rasa macam tempat yang penuh dengan iman! nak bertolak dari situ dalam pukul 8.30 so nak tak nak memang kena buat tawaf wida’selepas subuh tu.. dan Alhamdulillah sempat, kesian jugak dekat kawan2 lain yang tak sempat sebab ingatkan syeikh akan bawa kitorang buat tawaf wida’selepas semua dah siap packing naik bas… tapi tak, terus gerak balik irbid… insyaAllah panjang umur murah rezeki, lepas ni nak pergi lagi.. insyaAllah dapat menjadi tetamu Allah lagi selepas ni….

Abah, Mama, Ani, Abg Hazrul, Ayun, Abg Zamri, Aisyah , Ali, Sofi, Adik…. insyaAllah lepas ni kita pergi sekeluarga.. kalau tak dapat sekali pun, at least kita dapat merasa sekali insyaAllah… terasa jugaklah datang sini tengok orang lain, mostly datang dengan family tapi kita sendiri dengan kawan2… tapi takpe rezeki Allah tu luas insyaAllah nanti kita semua dapat menjejakkan kaki kat dua tanah haram ni….. aminnn :’)

Bab Lagha sikit :P sikit je….

Nak cari makan kat sini walaupun rate riyal lebih kurang macam kat Malaysia tapi harga dia standard macam kat Jordan jugak! Makanan melayu memang tak payah cakaplah mahalnya macam mana… huhuhu

Nak shopping?! Keluar je masjidil haram tu belambak shopping mall sama jugak dengan masjid nabawi tapi friendly advice, aku rasa better kalau nak shopping kat Madinah, jubah segala bagai tu… nanti sampai Mekah memang dah boleh concentrate 100% untuk ibadah je dan lagi senang nak tawar menawar ni.... insyaAllah….
sebesar besar ni shopping jelah :)

Datang sini memang membuka mata sedikit, tentang masyarakat Islam kat luar sana.. Banyak yang teramat sebenarnya saudara2 seislam kita.. jangan kita rasa kita lebih, yang membezakan hanyalah taqwa kepada Allah, tak kisahlah dari mana turkey, ke india ke Indonesia ke kan… dan yang menjadi paling hangat dibincangkan ialah orang2 turkey.. hihihi =^.^=

And Yess, dah seminggu meninggalkan tanah haram, insyaAllah dan berharap sangat dapat istiqamah dalam beribadah kepada Allah, tak banyak pun takpe, sikit je tapi istiqamah dan terus meningkat sikit2… hanya kepada Allah kita memohon segala sesuatu dan tempat untuk meminta pertolongan… dan memang bila sampai sini kalau tak beribadah akan rasa lain macam..

ohh lupa nak tuntuk gambar dari shahrin dengan Alang... hihihi aku ni rajin masuk camera orang, camera sendiri banyak views je... :P tapi bolehlah klik gambar Umrah sini  untuk tengok.. Thanks for reading this super long post! 

The Author

CATCH ME BECAUSE YOU CAN :)

Instagram

Blacy Smiley - Haha Bucktooth