Allah Selamatkan Kamu.. !

Assalamualaikum, Welcome to aNas nO HouSoku :) Any typos don't blame me, blame AutoCorrect :P Syukran! "Warning! May Contain Bahasa Rojak, Spelling and Grammatical errors" [The Author]

Monday, November 19, 2012

Jaulah JeJoden =D


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Seperti yang dijanjikan, aku nak share serba sedikit tentang Jaulah jeJordan selama 3 hari.. =)
Banyak sebenarnya tempat yang kami lawat, bermula dengan Ummu Qais, Jerash, Cave of the 7 Sleepers dan yang terakhir pada hari tersebut, Jabal Amman..
Overall, Ummu Qais, Jerash dengan Jabal Amman sama je kota tinggalan Rom dekat sini dapatlah tengok mini colosseum (half-moon je) dan seni bina pada zaman tersebut.. tiang- tiang yang tinggi tu semua ada =)  Jerash atau Gerasa itu pula merupakan salah satu daripada 10 Bandar Kota Rom yang terlengkap di dunia dan kerja-kerja arkeologi masih dijalankan.. Jabal Amman atau Citadel bersama dengan kota-kota rom yang lain termasuk Petra semua bersaing dari sudut perniagaan.. Cave of the 7 Sleepers or famously known as Ashabul Kahfi.. At first, I was just like amazed that “ hey this story of the 7 sleepers are recorded in the holy Quran, and now I’m here” yelah memanglah ada juga pendapat2 yang mengatakan gua ni terletak di turkey tapi ada jugak yang mengatakan terletak di Amman, Jordan.. tak kisahlah siapa betul siapa salah, yang penting pengajaran yang diambil daripada ‘short visit’ ini bagaimana 7 orang pemuda beriman yang sanggup mempertahankan agama Islam daripada Pemerintah yang zalim, dan dengan kuasa Allah mereka ditidurkan selama 309 tahun (kisah selanjutnya dalam Surah Al-Kahfi.. baca setiap hari jumaat ye in shaa Allah) MASYA-ALLAH teringat pulak nasyid Raihan :’)

Pada Hari Kedua,
Keseluruhan tempat melawat atau mungkin lebih sesuai dengan istilah ziarah kerana kitorang diberi kesempatan untuk menziarahi 5 maqam para sahabat Rasulullah =’) terasa syahdu mendengar kisah2 riwayat hidup para sahabat dan perjuangan mereka, kadang-kadang tu terasa dekat, yelah kan sebelum ni baca dalam buku-buku je nama-nama besar dalam sejarah Islam ni , tapi kali ni maqam tu dah ada depan mata..  maqam muaz bin jabal r.a dan anaknya abdul rahman bin muaz r.a, Amar bin Abi Waqas r.a, Syarhabil Bin Hasanah r.a, Abu Ubaidah Al-Jarrah r.a dan Dirar ibni Al- Azwar r.a…  In Shaa Allah, kita semua memiliki semangat jihad yang tinggi dan kelak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman =)

Hmm, untuk dinner malam tu kami ber-bbq di tepi pantai Laut Mati !!! Eksaited yang amat waktu masuk laut tu.. huhu, tak percaya badan ni yang seberat 65kg boleh terapung atas laut mati tu… hahahaha yelah kita terapung bukan sebab ringan tapi sebab density badan kita yang lebih rendah.. hahah, Nampak aplikasi ilmu fizik di situ =P tapi 10 minit baring2 dalam laut tu dah mula rasa pedih2 kat kulit orang cakap sbb air keluar dari badan via osmosis sebab concentration gradient.. hahahah tapi subhanaAllah jernih sungguh air laut tu.. =) gembira-gembira jugak kisah di sebalik ‘mati’nya laut tu kenalah amik pengajaran… tempat Allah s.w.t telah melesapkan sebuah kaum yang ingkar atas suruhan Allah, kaum mana? Kaum Nabi Lut A.S lepas habis makan kitorang pun pergi ke aqaba untuk bermalam… segan, malu dan malas nak cakap tapi tempat tidur sewa tu memang sangat HAMBAR, tak best langsung… hahaha XD

Last Day!!!
Harinilah kemuncaknya, pagi tu jalan2 kat aqaba kat sini memang kawasan pantai laut MERAH! Lawat kejap kubu pertahanan Salehuddin Al-Ayubi kat sini pastu pergi Aqaba beach.. tak mandi pun just tengok laut je.. hmmm Cantik giler air dia.. biru je tak macam laut cina selatan.. hahaha.. tapi agak rushing sebab nak berkejar ke tempat yang paling epic sekali PETRA!!!!

PETRA?!! One of the seven wonders of the world together with the great wall of china, macho pichu, pyramid of Giza, Taj Mahal etc.. hmmmm excited yet exhausted to walk there.. besar giler dalam tu kalau setakat jalan 2-3 jam memang tak sempat nak tengok semua parts dia… nak bergambar lagi kan.. hehehe =D Ya Allah, halus sungguh seni ukir masyarakat  zaman ni Nabatean.. kawasan gurun bergunung ganang tu terselit ukiran2 binaan-binaan yang unik, chehh cakap macam sejarawan teliti betul2 je.. hahaha XD pintu depan tu yang dinamakan city of rose.. (kalau tak silap) keseluruhannya kat sini just guna eyesight je.. hahaha dan mungkin kalau nak cepat bolehlah naik unta ke keldai ke kuda ke.. tapi sebelum naik tu Tanya harga dan mintak harga paling rendah sekali.. sebab dorang ni bukat ada rate ke standard harga pun.. main letak je -.-“  kat sini jugak menjadi lokasi penggambaran filem Indiana jones yang mana satu tak tau.. hahaha dengan transformers 2… ada kisah sebenarnya kat sini… pendekkan team jaulah kitorang tak sempat pun naik sampai tempat transformers  tu sebab dah lambat L tapi adalah kitorang yang hmmm nak kata bertuah pun tak sangat.. everything comes with a price right? Termasuk aku dapatlah naik tempat transformers tu just untuk bergambar dua tiga sebab dah nak gelap then turun balik bukannya sekejap.. time tu memang dah penat giler… sampai kitorang terpaksa ikut arab badwi situ yang jaga2 keldai unta semua tulah ke kampung dorang then hantar kitorang balik ke main entrance naik kereta ikut pintu belakang sebab dah gelap dia kata nanti kitorang tak jumpa jalan balik kalau tak ikut dorang.. hmm berkeldailah aku naik bukit senja2 tu.. memang sakit giler naik binatang tu… hahaha  dan disebabkan kitorang dah lambat keluar so, tak sempatlah nak beli souvenirs bagai untuk family and friends dekat Malaysia.. I’ll never forget you all.. In Shaa Allah next time ada lagi untuk aku belikan.. =)

last but not least.. inilah beberapa gambar yang dah ditapis  GAMBAR KAT SINI


the author

No comments:

Post a Comment

CATCH ME BECAUSE YOU CAN :)

Instagram

Blacy Smiley - Haha Bucktooth