Allah Selamatkan Kamu.. !

Assalamualaikum, Welcome to aNas nO HouSoku :) Any typos don't blame me, blame AutoCorrect :P Syukran! "Warning! May Contain Bahasa Rojak, Spelling and Grammatical errors" [The Author]

Wednesday, February 1, 2012

Sanah Helwah..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Terkejut x bace tajuk post aku kali ni? (ceh.. konon!)
tak usah terkejut sebab memang betul.. hehe.
6 Rabiulawal 1415H ialah tarikh lahir aku ikutkan kalendar Islam..
selama ni memang dah tahu tapi x pernah terperasan sebabnya asyik teringatkan tarikh masihi je..
nasib baiklah jam kat surau tu ada tunjuk tarikh hijrah sekali.. sebab tu terperasan.. dan lagi satu sebab ada ceramah sempena maulidur Rasul.. buatkan ak tertanya2 bila maulidnye.. tengor jam tuh..
"eh! maulid akulah harini.. hehe" 
alhamdulillah 
genaplah 18 tahun aku.
(mesti ada yang sebaya dengan ak lahir 1414.. boo tua setahun hehe.. untuk sesape yang lahir bulan 6)
1415-1433
kalau nak ikutkan masihi lambat lagi.. bulan ogos nanti..
anyway sesiapa yang masih belum tahu lagi tarikh lahir masing2 dan dll dalam kiraan hijrah
sila-silah2 klik link kat bawah ni..
bukannya ape.. sama2lah kita mengembalikan kegemilangan syiar Islam..
ingat balik peristiwa2 penting yang berlaku dalam bulan2 islam ni..


Rabiulawal adalah bulan ketiga mengikut kalendar Islam. Rabiulawal bererti musim bunga yang pertama. Ia amat terkenal dikalangan masyarakat Islam kerana didalam bulan inilah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan iaitu pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi. Perlantikan menjadi Rasul pada 9 Rabiulawal bersamaan 610 Masehi dan kewafatan baginda Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam pada 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijriah.Sebagai Hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dan Rasul-Nya hendaklah mengingati hari kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan memperbanyakkan zikir dan selawat tanda bersyukur kepada Allah diatas limpah kurnia-Nya mengutus Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam yang membawa manusia kejalan kebaikan dan menegah daripada jalan kejahatan. Kewajipan kita sebagai umat baginda ialah menyambung perjuangan baginda itu dengan menyeru manusia kepada jalan Allah dan menegah daripada perbuatan mungkar. 
Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah Ali-Imraan ayat 31-32:
Terjemahannya:"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir".


p.s : agak lambat untuk post ni tapi xpe sbb mmg dh niat nak post malam tu lg tp kemalasan melanda.. : P

the secretary of my own...

2 comments:

  1. sanah helwah ye!bgos2..bkn slalu org igt tarikh lahir hijriah ni~

    ReplyDelete
  2. koi 27 rabiulawal anas!! kte sme bulan la!! :)

    ReplyDelete

CATCH ME BECAUSE YOU CAN :)

Instagram

Blacy Smiley - Haha Bucktooth