السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah O:)
| SPEECHLESS | BREATH-TAKING | INDESCRIBABLE |
AWESTRUCK |
To
be honest, I don’t know what to write about my recent UMRAH
hmmm,
about the JOURNEY?
IRBID à MEDINA à ( Jabal Uhud, Quba’ Mosque, Dates Farm, Bir Ali) à
MECCA
Might
be a lil bit boring, literally… sleeping (backache), eating Lays, cookies and
Lays again! Not healthy at all huh! 28 hours on bus from Irbid to Medina, the
immigration dragged the time actually and the bus broke down several times too
then 26 hours return trip from Mecca to Irbid. Weird! Because the distance from
Irbid to Mecca is further than to Medina actually… in fact, our journey from
Medina to Mecca took about 11 to 12 hours plus a visit to Jabal Uhud, Quba’
Mosque, Dates Farm, Miqat at BIR ALI and Lunch.. hehehehe :P
Jauh kan? naik bas pulak tu... |
MADINAH AL-MUNAWWARAH | ا لمدينة المنورة
Sesampai
je kat madinah check in hotel dah malam pukul 11… first impression | WHOAA :O |
kenapa? Cantik kut madinah ada macam2 tempat nak shopping tak macam kat Jordan
ni.. huh! Tapi takpelah bukannya datang sini nak shopping pun kan… malam tu
just relax2 badan lepas lama gegilos dalam bas kan…. Oh ye, roommate sama2
dengan shahrin, naimi dengan din sahar…
Alhamdulillah
first visit to Masjid Nabawi ni rasa macam lain sangat, yelah biasanya sebelum
ni tengok kat dalam TV je dan aku pun sebenarnya tak tau sangat pasal Masjid
Nabawi ni (shame on me!) aku ingatkan maqam Nabi bukan dalam masjid pastu
raudhah tu pun macam aku tak cakna sangat.. perkuburan baqi’ tu aku ingatkan
jauh… huhuhu but at least now I know :’) Alhamdulillah..
Raudhah :-
[Taman Syurga] Kawasan antara Makam Nabi Muhammad dengan Mimbar
Masjid kalau nak kenal dia karpet warna hijau.. kalau tempat lain karpet warna merah… dan raudhah ni merupakan salah
satu tempat yang mustajab berdoa, mula2 first visit tu sempat buat tahyatul
masjid je kat sini dan disebabkan sempit ramai orang, lepas tu tak rasa macam
nak berebut sangat pun… Tapi time solat jumaat tu ingatkan just nak solat sunat
kat raudhah then duduklah kat mana2 bahagian masjid, datang pukul 11 pun dah
sesak kat situ, then barulah tau yang sebelum ni aku solat tu kawasan kecik
raudhah je, selebihnya ditutup… start daripada tulah tetiba terasa macam nak
berebut tempat tapi tak dapat pun jumaat kat situ, sempat solat2 sunat selepas solat jumaat
je.. tapi takpelah Alhamdulillah syukur :D dan dekat situ ada banner yang tulis
lebih kurang macam ni, “ Tak payah berebut sangat nak masuk dalam raudhah ni
sampai tolak2 saudara2 sendiri, Kalau memang betul2 nak insyaAllah akan dapat
peluang tu…” dan malu jugaklah ‘sebelah’ nabi pun kita nak
tolak berebut sampai macam tu sekali kan… Alhamdulillah aku pun dapatlah jugak
iktikaf kat situ beberapa waktu solat.. Alhamdulillah syukur sangat2 :’) dan
perasaan nak ke masjid dan beriktikaf tu memang tinggi!
Makam Nabi Muhammad S.A.W :-
السلام
عليك يا حبيبي يا رسول الله محمد صلى الله عليه وسلام
السلام
عليك با ابو بكرالصديق خليفة رسول الله صلى الله عليه وسلام رضى الله عنه
السلام
عليك يا عمر الخطاب امير المؤمنين رضى الله عنه
kalau
masuk ikut pintu utama atau lebih dikenali sebagai باب السلام masuk jalan straight je dan sampai dan memang
ramai orang kat sini.. seperkara yang perlu kita ingat, Doa mohon kepada Allah
(bab2 tawassul ni aku tak berani nak tulis sebab ada banyak pandangan dan ada
kaedah2 dia) Ya Allah, macam tak sangka jasad nabi Muhammad ada dalam tu, dah
dekat sangat dah tu… tapi hati kita terikat ke kepada nabi? Banyak mana kita
selawat? Dan syukur dapat sambut maulidur rasul kat dalam masjid nabawi tu
sendiri… memang lain sangat perasaan… 12 Rabiul awal tarikh kelahiran dan
kewafatan Nabi Muhammad :’)
Baqi’ :-
Tanah
perkuburan Islam…Kalau sebelum ni belajar sirah dalam PAI, kita dok hafal dikebumikan di baqi'.. . yang uniknya kat sini kubur tu just letak tanda macam tu je takde
tulis nama pun dan kita pun diharuskan untuk menziarahi kubur untuk menimbulkan
zikrulmaut dalam diri kita… Ramai dalam kalangan para sahabat yang dikebumikan
di sini seperti Saidina Uthman bin Affan, isteri2 nabi… dan Baqi’ni dia buka
setiap kali selepas waktu solat subuh dengan asar… maghrib asar isya’ tak sure
pulak tapi sekejap jelah…
Habis
3 hari dekat Madinah.. kini tibalah masanya untuk berangkat ke Mekkah bagi
melaksanakan ibadah umrah, terasa sayu jugak nak tinggalkan Madinah, Masjid
Nabawi entah bila lagi dapat jejakkan kaki kat sini lagi kan… tapi sebelum tu
lawat Jabal Uhud dulu, ambil feel para syuhada’ dan ingat2 balik kisah
peperangan uhud… kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk buat solat sunat 2
rakaat… masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam… lepas tu plannya nak
pergi ke kilang Al-Quran tapi ramai sangat orang.. so pergilah ke Ladang kurma
dan belilah kurma yang boleh tahan harganya kut!
rombongan kami di bukit uhud |
MIQAT di BIR ALI :-
Tak
payah rasanya aku cerita miqat tu apa… bukannya nak ajar PSI ke PAI pun kan..?
hihihi niat ihram dekat sini, beli semua kain ihram dan peralatan2 lain pun
dekat sini.. kain ihram yang aku beli dan ramai lagi orang lain 40Riyal made in
Madinah! Mandi, solat sunat dan semualah perkara sunat sebelum ihram semua buat
dekat sini… adalah rasa macam kekok sikit nak pakai kain ihram tu pusing2
jugak.. hihihi but it was a nice experience! Not every day you can wear 2
pieces of unsewn cloth, right?! sedikit briefing dibuat oleh syeikh abu
haitham tentang pantang larang ihram dan bersahut sahutanlah laungan talbiah
sepanjang perjalanan sebelum tertidur…zzz
MEKAH AL-MUKARRAMAH | المكة المكرمه
Alhamdulillah,
macam tak sangka! “Wehh aku kat Mekah wehh!!!” Tempat kelahiran Rasulullah
S.A.W. Kitorang sampai lebih kurang time
isyak. Sampai2 terus check in hotel angkut barang dan terus ready untuk
melaksanakan Umrah… time tu rasa macam tak sabar nak habis ihram nak tengok
Kaabah… SUBHANALLAH, BISMILLAHI ALLAHU AKBAR! my first sight of Kaabah, I just
couldn’t believe my eyes… here I am in Masjidil Haram in front of Kaabah our
Qiblat!
from upper left: 1st Floor, rooftop, basement, ground floor of Masjidil Haram |
Kalau
sebelum ni setakat hafal dan buat amali haji kat sekolah… this time it was for
Real! Tawaf and Sai’e for real! No Play2 :’) 7 rounds tawaf done and I have to
admit that Sai’e was really do kinda tiring… dan baru tau macam mana sebenarnya
lampu2 hijau tempat yang disunatkan untuk lari anak yang selalu sebut dalam
buku PSI atau reference mana2… tapi lain sikitlah dalam buku dulu tulis antara
dua lampu hijau tapi sekarang ni dah sepanjang lampu hijau ekekeke… memang
boleh rasa macam mana dulu Siti Hajar cari air, tapi time tu lagilah mana ada
bumbung kipas segala bagai… Niat dah, Tawaf dah, Sai’e dah, yang tinggal
tahallul je..and guess what I shaved my head! Alhamdulillah done my first
Umrah… :’) habis tunggu turn nak cukur
kepala tu dah dekat pukul 1 lebih.. the very first to botak : Luqme, Mukhriz,
Shahrin, Amirul and ME!
exclusive kut gambar ni... kat fb mana ada.. hihiih :P
Dua dua pun handsome kan? kan? XD |
2nd
time aku buat umrah, miqat di Masjid ‘Aisyah, tana’em dengan tambang teksi
50Riyal pergi balik bahagi 4… dua2 umrah aku buat malam tapi 2nd
time ni buat sai’e kat tingkat satu sebab macam pendek sikit dan tak ramai
orang…
Tawaf
Sunat pun Alhamdulillah pagi, tengah hari, petang, malam semua dah rasa…
HAJARUL ASWAD :-
Tiga,
empat kali jugak aku try nak cium hajarul aswad, tapi macam just ikut arus je
kalau dapat, dapat kalau tak cuba lagi.. mungkin sebab usaha aku banyak macam
tu je sebab tu tak dapat… dan memang orang berebut sungguh nak cium hajarul
aswad yang memang ‘one at a time’ kesabaran, tolak ansur dan semangat yang tinggi
tu memang sangat penting! Alhamdulillah aku dapat cium pukul 2 pagi… time ni
pun macam dah tak ramai sangat orang… jeles dengan kawan2 lain yang dah dapat
cium tapi kita tak dapat lagi dan akhirnya dapat jugak.. kena ingat jangan sebab nak dapatkan benda
sunat, cium hajarul aswad kita abaikan perkara wajib, ukhuwah@hubungan sesame
muslim.. kalau dah tolak-tolak ganas-ganas macam tu kan tak molek kan…?!
HIJR ISMAIL:-
Alhamdulillah
dapat jugak buat solat sunat 2 rakaat kat sini.. sempit memang sempit, sesak
memang sesak tapi tak macam kat raudhah, sini Nampak jugak flow traffic dia..
dan entahlah time tengah sujud tu tetiba rasa macam kene’ter’pijak.. nasib baik
Alhamdulillah ter je.. hijr ismail ni
pulak bukak time malam je lepas subuh dah tutup…
Alhamdulillah
sepanjang beriktikaf dalam masjidil haram ni rasa senang tenang, semangat je
nak beribadah takde sangat malas2 ni… semua tempat aku explore nak tengok seni
bina Masjidil Haram ni, dengan arah qiblat yang melengkung.. semua aras aku dah
solat.. alhamdulillah air ZamZam pun senang
je nak dapat memang minum air ZamZam jelah kat situ… solat depan mata Nampak
Ka’abah.. SubhanaAllah memang tak tau nak gambarkan macam mana… O:’)
Kami
pun sempat jugaklah, sheikh tu bawa pergi lawat Jabal Rahmat di Arafah, lepas
tu pergi Mina dan Muzdalifah… tengok2 gitu je.. sebab tempat2 ni involved dalam
haji je… dan kitorang dapat 10liter sorang air zamzam :)
Hari
last tu memang rasa sayu sikit, 5 hari tu rasa macam sekejap sangat.. Mekah ni
rasa macam tempat yang penuh dengan iman! nak bertolak dari situ dalam pukul
8.30 so nak tak nak memang kena buat tawaf wida’selepas subuh tu.. dan
Alhamdulillah sempat, kesian jugak dekat kawan2 lain yang tak sempat sebab ingatkan
syeikh akan bawa kitorang buat tawaf wida’selepas semua dah siap packing naik
bas… tapi tak, terus gerak balik irbid… insyaAllah panjang umur murah rezeki,
lepas ni nak pergi lagi.. insyaAllah dapat menjadi tetamu Allah lagi selepas
ni….
Jabal Rahmah di belakang.. |
Abah,
Mama, Ani, Abg Hazrul, Ayun, Abg Zamri, Aisyah , Ali, Sofi, Adik…. insyaAllah
lepas ni kita pergi sekeluarga.. kalau tak dapat sekali pun, at least kita
dapat merasa sekali insyaAllah… terasa jugaklah datang sini tengok orang lain,
mostly datang dengan family tapi kita sendiri dengan kawan2… tapi takpe rezeki
Allah tu luas insyaAllah nanti kita semua dapat menjejakkan kaki kat dua tanah
haram ni….. aminnn :’)
Bab
Lagha sikit :P sikit je….
Nak
cari makan kat sini walaupun rate riyal lebih kurang macam kat Malaysia tapi
harga dia standard macam kat Jordan jugak! Makanan melayu memang tak payah
cakaplah mahalnya macam mana… huhuhu
Nak
shopping?! Keluar je masjidil haram tu belambak shopping mall sama jugak dengan
masjid nabawi tapi friendly advice, aku rasa better kalau nak shopping kat
Madinah, jubah segala bagai tu… nanti sampai Mekah memang dah boleh concentrate
100% untuk ibadah je dan lagi senang nak tawar menawar ni.... insyaAllah….
sebesar besar ni shopping jelah :) |
Datang
sini memang membuka mata sedikit, tentang masyarakat Islam kat luar sana..
Banyak yang teramat sebenarnya saudara2 seislam kita.. jangan kita rasa kita
lebih, yang membezakan hanyalah taqwa kepada Allah, tak kisahlah dari mana
turkey, ke india ke Indonesia ke kan… dan yang menjadi paling hangat
dibincangkan ialah orang2 turkey.. hihihi =^.^=
And
Yess, dah seminggu meninggalkan tanah haram, insyaAllah dan berharap sangat
dapat istiqamah dalam beribadah kepada Allah, tak banyak pun takpe, sikit je
tapi istiqamah dan terus meningkat sikit2… hanya kepada Allah kita memohon
segala sesuatu dan tempat untuk meminta pertolongan… dan memang bila sampai sini kalau tak beribadah akan rasa lain macam..
ohh lupa nak tuntuk gambar dari shahrin dengan Alang... hihihi aku ni rajin masuk camera orang, camera sendiri banyak views je... :P tapi bolehlah klik gambar Umrah sini untuk tengok.. Thanks for reading this super long post!
The Author |
No comments:
Post a Comment