السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Seperti
yang dijanjikan, aku nak share serba sedikit tentang Jaulah jeJordan selama 3
hari.. =)
Banyak
sebenarnya tempat yang kami lawat, bermula dengan Ummu Qais, Jerash, Cave of
the 7 Sleepers dan yang terakhir pada hari tersebut, Jabal Amman..
Overall,
Ummu Qais, Jerash dengan Jabal Amman sama je kota tinggalan Rom dekat sini
dapatlah tengok mini colosseum (half-moon je) dan seni bina pada zaman
tersebut.. tiang- tiang yang tinggi tu semua ada =) Jerash atau Gerasa itu pula merupakan salah
satu daripada 10 Bandar Kota Rom yang terlengkap di dunia dan kerja-kerja
arkeologi masih dijalankan.. Jabal Amman atau Citadel bersama dengan kota-kota
rom yang lain termasuk Petra semua bersaing dari sudut perniagaan.. Cave of the
7 Sleepers or famously known as Ashabul Kahfi.. At first, I was just like
amazed that “ hey this story of the 7 sleepers are recorded in the holy Quran,
and now I’m here” yelah memanglah ada juga pendapat2 yang mengatakan gua ni
terletak di turkey tapi ada jugak yang mengatakan terletak di Amman, Jordan..
tak kisahlah siapa betul siapa salah, yang penting pengajaran yang diambil
daripada ‘short visit’ ini bagaimana 7 orang pemuda beriman yang sanggup
mempertahankan agama Islam daripada Pemerintah yang zalim, dan dengan kuasa
Allah mereka ditidurkan selama 309 tahun (kisah selanjutnya dalam Surah
Al-Kahfi.. baca setiap hari jumaat ye in shaa Allah) MASYA-ALLAH teringat pulak
nasyid Raihan :’)
Pada Hari
Kedua,
Keseluruhan
tempat melawat atau mungkin lebih sesuai dengan istilah ziarah kerana kitorang
diberi kesempatan untuk menziarahi 5 maqam para sahabat Rasulullah =’) terasa
syahdu mendengar kisah2 riwayat hidup para sahabat dan perjuangan mereka,
kadang-kadang tu terasa dekat, yelah kan sebelum ni baca dalam buku-buku je
nama-nama besar dalam sejarah Islam ni , tapi kali ni maqam tu dah ada depan
mata.. maqam muaz bin jabal r.a dan
anaknya abdul rahman bin muaz r.a, Amar bin Abi Waqas r.a, Syarhabil Bin
Hasanah r.a, Abu Ubaidah Al-Jarrah r.a dan Dirar ibni Al- Azwar r.a… In Shaa Allah, kita semua memiliki semangat
jihad yang tinggi dan kelak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman =)
Hmm, untuk
dinner malam tu kami ber-bbq di tepi pantai Laut Mati !!! Eksaited yang amat
waktu masuk laut tu.. huhu, tak percaya badan ni yang seberat 65kg boleh
terapung atas laut mati tu… hahahaha yelah kita terapung bukan sebab ringan
tapi sebab density badan kita yang lebih rendah.. hahah, Nampak aplikasi ilmu
fizik di situ =P tapi 10 minit baring2 dalam laut tu dah mula rasa pedih2 kat
kulit orang cakap sbb air keluar dari badan via osmosis sebab concentration
gradient.. hahahah tapi subhanaAllah jernih sungguh air laut tu.. =)
gembira-gembira jugak kisah di sebalik ‘mati’nya laut tu kenalah amik
pengajaran… tempat Allah s.w.t telah melesapkan sebuah kaum yang ingkar atas
suruhan Allah, kaum mana? Kaum Nabi Lut A.S lepas habis makan kitorang pun
pergi ke aqaba untuk bermalam… segan, malu dan malas nak cakap tapi tempat
tidur sewa tu memang sangat HAMBAR, tak best langsung… hahaha XD
Last Day!!!
Harinilah
kemuncaknya, pagi tu jalan2 kat aqaba kat sini memang kawasan pantai laut
MERAH! Lawat kejap kubu pertahanan Salehuddin Al-Ayubi kat sini pastu pergi
Aqaba beach.. tak mandi pun just tengok laut je.. hmmm Cantik giler air dia..
biru je tak macam laut cina selatan.. hahaha.. tapi agak rushing sebab nak
berkejar ke tempat yang paling epic sekali PETRA!!!!
PETRA?!!
One of the seven wonders of the world together with the great wall of china,
macho pichu, pyramid of Giza, Taj Mahal etc.. hmmmm excited yet exhausted to
walk there.. besar giler dalam tu kalau setakat jalan 2-3 jam memang tak sempat
nak tengok semua parts dia… nak bergambar lagi kan.. hehehe =D Ya Allah, halus
sungguh seni ukir masyarakat zaman ni Nabatean..
kawasan gurun bergunung ganang tu terselit ukiran2 binaan-binaan yang unik,
chehh cakap macam sejarawan teliti betul2 je.. hahaha XD pintu depan tu yang
dinamakan city of rose.. (kalau tak silap) keseluruhannya kat sini just guna
eyesight je.. hahaha dan mungkin kalau nak cepat bolehlah naik unta ke keldai
ke kuda ke.. tapi sebelum naik tu Tanya harga dan mintak harga paling rendah
sekali.. sebab dorang ni bukat ada rate ke standard harga pun.. main letak je
-.-“ kat sini jugak menjadi lokasi
penggambaran filem Indiana jones yang mana satu tak tau.. hahaha dengan
transformers 2… ada kisah sebenarnya kat sini… pendekkan team jaulah kitorang
tak sempat pun naik sampai tempat transformers
tu sebab dah lambat L tapi adalah kitorang yang hmmm nak kata
bertuah pun tak sangat.. everything comes with a price right? Termasuk aku
dapatlah naik tempat transformers tu just untuk bergambar dua tiga sebab dah
nak gelap then turun balik bukannya sekejap.. time tu memang dah penat giler…
sampai kitorang terpaksa ikut arab badwi situ yang jaga2 keldai unta semua
tulah ke kampung dorang then hantar kitorang balik ke main entrance naik kereta
ikut pintu belakang sebab dah gelap dia kata nanti kitorang tak jumpa jalan
balik kalau tak ikut dorang.. hmm berkeldailah aku naik bukit senja2 tu..
memang sakit giler naik binatang tu… hahaha
dan disebabkan kitorang dah lambat keluar so, tak sempatlah nak beli
souvenirs bagai untuk family and friends dekat Malaysia.. I’ll never forget you
all.. In Shaa Allah next time ada lagi untuk aku belikan.. =)
last but not least.. inilah beberapa gambar yang dah ditapis GAMBAR KAT SINI
last but not least.. inilah beberapa gambar yang dah ditapis GAMBAR KAT SINI
the author |
No comments:
Post a Comment